Sabtu, 18 April 2015

Usaha: Cita-cita Pengakap

Bendera Malaysia
Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak,


Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.  Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.  Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.  Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Bendera Negeri Kedah Darul Aman.
Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun.  Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan.  Anak bulan tanda negeri beragama Islam.  Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.


Lagu Negaraku

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.

Lagu Negeri Kedah

Allah selamat Sultan Mahkota,
Berpanjangan usia di atass Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata.

Istiadat Menaikkan Bendera



Orang-orang Kenamaan
1.   Nama penuh KDYMM Sultan:
      Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Mu'tasimu Billah Muhibbuddin
      Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzan Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

2.   Menteri Besar Kedah:
      YAB Dato' Seri

Persetiaan Pengakap


Undang-Undang Pengakap








Istiadat Pelantikan Pengakap Muda

1.   Apabila segala persediaan untuk upacara itu sudah selesai,  Ketua Kumpulan (Troop Leader)         mengarahkan kumpulannya membentuk tapak kuda dengan Ketua Kumpulan di sebelah kiri ruang yang terbuka.  Penolong Pemimpin di sebelah kanannya meruangkan satu ruang kosong di tengah.

2.   Penolong Pemimpin memegang lencana keahlian, topi dan sekaf (jika adik baru tidak pernah menjadi Pengakap Kanak-Kanak).

3.   Kemudian Pemimpin memasuki ruang kosong tapak kuda.  Dengan secara ringkas ia mengumumkan kepada kumpulan untuk melantik ....................... serta memberi latar belakang kemasukan Pengakap tersebut ke kumpulannya.

4.   Pemimpin kemudian meminta Ketua Patrol adik baru itu membawanya ke hadapan untuk dilantik.  Ketua Patrol yang berada disebelah kanan adik baru itu membawanya ke hadapan pemimpin.  Kedua-duanya berhenti selangkah di hadapan pemimpin.  Istiadat diteruskan:-

Pemimpin      :      "Kamu telah lulus ujian lencana keahlian dan bersedia
                             untuk dilantik sebagai seorang Pengakap.  Tahukah
                             kamu undang-undang Pengakap dan fahamkah kamu
                             apa ertinya, khasnya mengenai maruah diri?"

Adik baru     :        "Ya, Tuan"

Pemimpin      :        "Kamu telah mempelajari Persetiaan Pengakap dan
                              sekarang kamu diminta melafazkannya bersama-sama
                              kumpulan.  Bersediakah kamu menerimanya sebagai
                              sesuatu yang akan kamu hayati sepanjang masa??

Adik baru     :         "Ya, Tuan"

Pemimpin memberi hukuman sedia; kemudian isyarat "ap" - semua membuat Isyarat Pengakap untuk melafazkan Persetiaan Pengakap.  Sekiranya tongkat digunakan, arahan "Kalih Tongkat" - hendaklah diberi terlebih dahulu supaya Pengakap dapat mengangkat tangan kanan mereka untuk melafazkan Persetiaan Pengakap.

Adik baru      :        "

Pengetahuan

5.1.   Ahli Berkhemah
Lencana ini diberi kepada

Ahad, 18 Januari 2009

Kegemaran

AHLI KOLEKSI HOBI

1. Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik suatu jenis barang dalam tempoh tidak kurang daripada 6 bulan seperti setem, kotak mancis, duit siling, siput, pembalut tin, dll.

2. Mengetahui serba sedikit berkenaan dengan benda yang dikumpul itu; membincangkan dengan Penilai sebab barang itu dipilih dan dikumpul.

3. Mengumpul / menyimpan EMPAT perkara berikut:-
a) Sekaf Pengakap
b) Lencana Pengakap ( kain / logam )
c) Wogel
d) Topi (peak cap)
e) Tali pinggang
f) Kemeja-T
g) Sampul Surat Hari Pertama Jambori
h) Majalah Pengakap

JURUMASAK DI KHEMAH

1) Memasak DUA jenis makanan dengan tidak menggunakan perkakas dapur, untuk diri sendiri dan seorang lagi.

2) Memasak dan menghidang dengan sempurna SATU daripada yang berikut:-
(a) Ikan panggang
(b) Roti berlauk
(c) Bubur

3) Memasak dan menghidang dengan sempurna SATU daripada yang berikut:-
(a) Mee Rebus / Goreng
(b) Ayam / Daging masak panggang atau salai
(c) Masakan biasa

4) Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU dengan yang berikut:-
(a) Sejenis makanan manis
(b) Halua buah-buahan
(c) Gula-gula manisan
(d) Lengkong
(e) Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri

5) Menyediakan DUA jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6 orang; tidak semuanya makanan itu perlu dimasak.

Ingatan: Semua hidangan hendaklah dimasak dalam keadaan berkhemah.


JURU PERPUSTAKAAN

(1) Berikan kepada Penilai satu senarai yang mengandungi sekurang-kurangnya 12 jenis buku yang telah dibaca dalam tempoh 12 bulan lalu. Terangkan sebab buku-buku itu dibaca, apa pendapatnya mengenai buku-buku itu dan menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku itu.

Ingatan: Senarai tersebut hendaklah mengandungi cerita fiksyen dan tidak fiksyen dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk buku-buku teks sekolah.

ATAU

(2) (a) Berikan kepada Penilai satu senarai mengandungi buku-buku yang digemarinya. Terangkan sebab buku-buku itu dipilih dan menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku itu.

      (b) Mengetahui apa yang dikatakan Buku Rujukan dan apakah maklumat yang boleh diperolehi daripada buku itu.

      (c) Terangkan dengan ringkas cara mengatur dan menyusun buku supaya mudah dicari.