Ahad, 18 Januari 2009

Kegemaran

AHLI KOLEKSI HOBI

1. Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik suatu jenis barang dalam tempoh tidak kurang daripada 6 bulan seperti setem, kotak mancis, duit siling, siput, pembalut tin, dll.

2. Mengetahui serba sedikit berkenaan dengan benda yang dikumpul itu; membincangkan dengan Penilai sebab barang itu dipilih dan dikumpul.

3. Mengumpul / menyimpan EMPAT perkara berikut:-
a) Sekaf Pengakap
b) Lencana Pengakap ( kain / logam )
c) Wogel
d) Topi (peak cap)
e) Tali pinggang
f) Kemeja-T
g) Sampul Surat Hari Pertama Jambori
h) Majalah Pengakap

JURUMASAK DI KHEMAH

1) Memasak DUA jenis makanan dengan tidak menggunakan perkakas dapur, untuk diri sendiri dan seorang lagi.

2) Memasak dan menghidang dengan sempurna SATU daripada yang berikut:-
(a) Ikan panggang
(b) Roti berlauk
(c) Bubur

3) Memasak dan menghidang dengan sempurna SATU daripada yang berikut:-
(a) Mee Rebus / Goreng
(b) Ayam / Daging masak panggang atau salai
(c) Masakan biasa

4) Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU dengan yang berikut:-
(a) Sejenis makanan manis
(b) Halua buah-buahan
(c) Gula-gula manisan
(d) Lengkong
(e) Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri

5) Menyediakan DUA jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6 orang; tidak semuanya makanan itu perlu dimasak.

Ingatan: Semua hidangan hendaklah dimasak dalam keadaan berkhemah.


JURU PERPUSTAKAAN

(1) Berikan kepada Penilai satu senarai yang mengandungi sekurang-kurangnya 12 jenis buku yang telah dibaca dalam tempoh 12 bulan lalu. Terangkan sebab buku-buku itu dibaca, apa pendapatnya mengenai buku-buku itu dan menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku itu.

Ingatan: Senarai tersebut hendaklah mengandungi cerita fiksyen dan tidak fiksyen dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk buku-buku teks sekolah.

ATAU

(2) (a) Berikan kepada Penilai satu senarai mengandungi buku-buku yang digemarinya. Terangkan sebab buku-buku itu dipilih dan menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku itu.

      (b) Mengetahui apa yang dikatakan Buku Rujukan dan apakah maklumat yang boleh diperolehi daripada buku itu.

      (c) Terangkan dengan ringkas cara mengatur dan menyusun buku supaya mudah dicari.

Lencana Keahlian Pengakap

Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahlian, seorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut untuk memberi pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap:

1. Mengetahui peraturan memakai pakaian seragam Pengakap.

2. Memahami makna dan semangat 5 prinsip Rukunegara.

3. Mengenali lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Dunia serta memahami secara mendalam erti lambang-lambang tersebut.

4. Melafazkan "Persetiaan Pengakap" dan memahami "Undang-Undang Pengakap".

5. Mengetahui cara "Hormat Pengakap" dan "Cogankata Pengakap Muda".

6. Mengetahui sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden-Powell.

7. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan semua simpulan berikut:-
    -   Buku Sila (reef knot)
    -   Bunga Geti (sheet bend)
    -   Simpul Manuk (clove hitch)
    -   Tindih Kasih (bowline)
    -   Lilit Dua Simpul (round turn and two half hitches)
    -   Lilit Pemati Biasa (common whipping)

*semak sumber dari laman http://ilmupengakapkedah.blogspot.com/

PERANCANGAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2015:

Januari:
Pendaftaran Ahli
Bahagian Cita-Cita Pengakap
Kem Awal Tahun 2015 (Lencana Keahlian)

Februari:
Bahagian Kecergasan & Kesegaran Jasmani

Mac:
Kemahiran Pengakap

April:
Kecenderungan dan Minat
Pengembaraan
Kepimpinan

Mei:
Perkhidmatan

LENCANA KEPANDAIAN

terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu:-

1. Kumpulan Kegemaran.

1.1. Ahli Koleksi Hobi
1.2. Juru Masak Di Khemah
1.3. Juru Perpustakaan
1.4. Penunggang Basikal

2. Kumpulan Peningkatan Pengetahuan

2.1. Ahli Berkhemah - Wajib
2.2. Ahli Komputer
2.3. Pelihat
2.4. Pengembara
2.5. Tukang Masak

3. Kumpulan Perkhidmatan

3.1. Ahli Anti-Dadah
3.2. Ahli Komuniti
3.3. Ahli Pertolongan Cemas - Wajib
3.4. Kuartermaster
3.5. Pemadam Api
3.6. Pengawal Perkhemahan
3.7. Setiausaha