Ahad, 18 Januari 2009

Kegemaran

AHLI KOLEKSI HOBI

1. Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik suatu jenis barang dalam tempoh tidak kurang daripada 6 bulan seperti setem, kotak mancis, duit siling, siput, pembalut tin, dll.

2. Mengetahui serba sedikit berkenaan dengan benda yang dikumpul itu; membincangkan dengan Penilai sebab barang itu dipilih dan dikumpul.

3. Mengumpul / menyimpan EMPAT perkara berikut:-
a) Sekaf Pengakap
b) Lencana Pengakap ( kain / logam )
c) Wogel
d) Topi (peak cap)
e) Tali pinggang
f) Kemeja-T
g) Sampul Surat Hari Pertama Jambori
h) Majalah Pengakap

JURUMASAK DI KHEMAH

1) Memasak DUA jenis makanan dengan tidak menggunakan perkakas dapur, untuk diri sendiri dan seorang lagi.

2) Memasak dan menghidang dengan sempurna SATU daripada yang berikut:-
(a) Ikan panggang
(b) Roti berlauk
(c) Bubur

3) Memasak dan menghidang dengan sempurna SATU daripada yang berikut:-
(a) Mee Rebus / Goreng
(b) Ayam / Daging masak panggang atau salai
(c) Masakan biasa

4) Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU dengan yang berikut:-
(a) Sejenis makanan manis
(b) Halua buah-buahan
(c) Gula-gula manisan
(d) Lengkong
(e) Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri

5) Menyediakan DUA jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6 orang; tidak semuanya makanan itu perlu dimasak.

Ingatan: Semua hidangan hendaklah dimasak dalam keadaan berkhemah.


JURU PERPUSTAKAAN

(1) Berikan kepada Penilai satu senarai yang mengandungi sekurang-kurangnya 12 jenis buku yang telah dibaca dalam tempoh 12 bulan lalu. Terangkan sebab buku-buku itu dibaca, apa pendapatnya mengenai buku-buku itu dan menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku itu.

Ingatan: Senarai tersebut hendaklah mengandungi cerita fiksyen dan tidak fiksyen dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk buku-buku teks sekolah.

ATAU

(2) (a) Berikan kepada Penilai satu senarai mengandungi buku-buku yang digemarinya. Terangkan sebab buku-buku itu dipilih dan menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku itu.

      (b) Mengetahui apa yang dikatakan Buku Rujukan dan apakah maklumat yang boleh diperolehi daripada buku itu.

      (c) Terangkan dengan ringkas cara mengatur dan menyusun buku supaya mudah dicari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan