1. Apabila segala persediaan untuk upacara itu sudah selesai, Ketua Kumpulan (Troop Leader) mengarahkan kumpulannya membentuk tapak kuda dengan Ketua Kumpulan di sebelah kiri ruang yang terbuka. Penolong Pemimpin di sebelah kanannya meruangkan satu ruang kosong di tengah.
2. Penolong Pemimpin memegang lencana keahlian, topi dan sekaf (jika adik baru tidak pernah menjadi Pengakap Kanak-Kanak).
3. Kemudian Pemimpin memasuki ruang kosong tapak kuda. Dengan secara ringkas ia mengumumkan kepada kumpulan untuk melantik ....................... serta memberi latar belakang kemasukan Pengakap tersebut ke kumpulannya.
4. Pemimpin kemudian meminta Ketua Patrol adik baru itu membawanya ke hadapan untuk dilantik. Ketua Patrol yang berada disebelah kanan adik baru itu membawanya ke hadapan pemimpin. Kedua-duanya berhenti selangkah di hadapan pemimpin. Istiadat diteruskan:-
Pemimpin : "Kamu telah lulus ujian lencana keahlian dan bersedia
untuk dilantik sebagai seorang Pengakap. Tahukah
kamu undang-undang Pengakap dan fahamkah kamu
apa ertinya, khasnya mengenai maruah diri?"
Adik baru : "Ya, Tuan"
Pemimpin : "Kamu telah mempelajari Persetiaan Pengakap dan
sekarang kamu diminta melafazkannya bersama-sama
kumpulan. Bersediakah kamu menerimanya sebagai
sesuatu yang akan kamu hayati sepanjang masa??
Adik baru : "Ya, Tuan"
Pemimpin memberi hukuman sedia; kemudian isyarat "ap" - semua membuat Isyarat Pengakap untuk melafazkan Persetiaan Pengakap. Sekiranya tongkat digunakan, arahan "Kalih Tongkat" - hendaklah diberi terlebih dahulu supaya Pengakap dapat mengangkat tangan kanan mereka untuk melafazkan Persetiaan Pengakap.
Adik baru : "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan